(Video) Cahaya Cerah Dipercayai Meteor ‘Belah’ Langit Amerika, Didakwa Dapat Dilihat Dari 15 Negeri

meteor

Satu kelibat cahaya muncul dipercayai meteor di langit Pennsylvania, Ohio pada Rabu lalu.

Menurut New York Post, kejadian itu berlaku sekitar 4 pagi, didakwa boleh disaksikan penduduk di 15 buah negeri di sana.

American Meteor Society (AMSMETEORS) dilaporkan berkata, mereka menerima lebih 700 laporan di 15 buah negeri mengenai letupan cahaya terang, mendakwa ia mungkin berakhir di sekitar North Benton, Ohio.

Wakil persatuan itu, Robert Lunsford berkata, fenomena itu kemungkinan besar hanyalah meteor biasa yang tidak berkait dengan hujan meteor.

Katanya, ia hanya memerlukan objek sebesar bola jaring untuk menghasilkan cahaya secerah bulan purnama dan kejadian pada Rabu adalah lebih besar daripada itu.

Tambah AMSMETEORS, ribuan meteor melintasi atmosfera Bumi setiap hari di mana kebanyakannya berlaku merentasi lautan serta kawasan yang tidak berpenghuni. Kejadian itu juga dikatakan ‘terlindung’ di sebalik cahaya yang cerah.

Katanya, semakin cerah bola api, semakin jarang kejadian itu berlaku.

Sumber: New York Post

The post (Video) Cahaya Cerah Dipercayai Meteor ‘Belah’ Langit Amerika, Didakwa Dapat Dilihat Dari 15 Negeri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments