(Video) Bijak, Rakaman Sekumpulan Anjing Tunggu Lampu Bertukar Hijau Untuk Melintas Jadi Tular

anjing liar

Anjing sering dikenali sebagai haiwan yang bijak dan boleh dilatih untuk melakukan tugas tertentu. Hal ini membuatkan haiwan berkenaan sering dipelihara sebagai teman mahupun penjaga.

Baru-baru ini, tular video sekumpulan anjing dipercayai anjing jalanan di bandar Dalian, China yang dikatakan bijak melintas jalan.

Dalam kejadian dipercayai berlaku Ahad lalu, kelihatan sekitar lima ekor anjing menunggu di tepi jalan berhampiran lintasan pejalan kaki seakan-akan sedang menantikan lampu isyarat bertukar hijau.

Sebaik lampu isyarat bertukar merah dan kenderaan berhenti, kumpulan anjing itu mula melintas bersama menyeberangi jalan.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Bijak, Rakaman Sekumpulan Anjing Tunggu Lampu Bertukar Hijau Untuk Melintas Jadi Tular appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments