(Video) Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim Meninggal Dunia

Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim dilaporkan mangkat (meninggal dunia) pada 10.08 pagi tadi, umum Radio Televisyen Brunei hari ini.

“Anak kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada 17 Rabi’ul-awal (24 Okt 2020) pada 10.08 pagi waktu tempatan.

“Pemakamannya akan dijalankan selepas solat Asar,” kata pengumuman tersebut.

Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.

Sehubungan itu, Brunei akan berkabung selama tujuh hari dan seluruh rakyat digalakkan untuk memakai pakaian putih.

Beikutan itu, ramai warganet Brunei menzahirkan ucapan takziah buat kemangkatan baginda putera.

Radio Televisyen Brunei turut memuat naik montaj pengumuman kemangkatan tersebut ke portal dan Youtube.

Salam takziah buat Allahyarham Putera Haji Abdul Azim atas kemangkatan.

Al-Fatihah.

Sumber: MEAWW, Radio Televisyen Brunei 

The post (Video) Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments