(Video) Alvin Goh Nafi Terlibat Dengan Aktiviti Macau Scam, Tampil Jelaskan Kenapa Melarikan Diri

Alvin Goh, suspek yang dikaitkan dengan aktiviti Macau Scam dan judi atas talian dan menjadi viral selepas melarikan diri dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa minggu lalu mengeluarkan kenyataan melalui video yang telah tular pada hari ini.

Menurut laporan Astro Aswani, suspek menafikan tuduhan jenayah yang disyaki terhadapnya dan menjelaskan beberapa perkara.

Melalui video yang dimuatnaik di Facebook, dia berkata secara sukarela dan bekerjasama dengan SPRM pada 2 Oktober lalu dan ditahan beberapa hari.

Menurutnya lagi, dia kemudian dimaklumkan akan ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 ketika dibebaskan pada 11 Oktober lalu.

“Dituduh di bawah akta tersebut adalah sesuatu yang sangat serius, saya sangat letih dan tidak berfikir dengan betul setelah 10 hari ditahan.

“Selepas dibebaskan, saya keluar melalui pintu belakang bangunan SPRM, dan beberapa hari selepas itu baru saya tahu melalui media yang saya diburu,” dakwanya.

Dia turut mendakwa dia bukanlah seorang Datuk Sri kerana tidak pernah menerima anugerah tersebut.

Tegasnya, dia telah menyerahkan diri kepada pihak berkuasa pada saat video tersebut ditonton.

 

 

Sumber: Astro Awani

The post (Video) Alvin Goh Nafi Terlibat Dengan Aktiviti Macau Scam, Tampil Jelaskan Kenapa Melarikan Diri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments