Tip Tanam Anak Pokok Buah Di Rumah Supaya Pokok Hidup Subur

Kebelakangan ini memang ramai yang memulakan hobi bercucuk tanam, bukan saja tanam sayur tapi juga pokok buah-buahan sekeliling rumah.

Bagi yang dalam kategori beginner ini sedikit sebanyak ilmu dan tip penanaman perlu kita tahu supaya anak pokok terus hidup selepas disemai.

Rugi pula kalau benih pokok yang kita beli mahal-mahal tiba-tiba mati selepas dialih ke tanah. Supaya itu tak berlaku boleh ikuti tip asas menanam pokok buah yang dikongsi Mohd Ikhwan Hussin berdasarkan pengalaman beliau.

Tip tanam pokok buah supaya hidup cantik

Alhamdulillah pokok cempedak yang saya tanam 6 tahun lepas dah masuk 3 musim berbuah.
Hari ni kita tanam pokok belimbing buluh dan pokok pokok lemon.

1. Lubang kena besar

Lubang kena korek sebesar yang boleh dan sedalam yang boleh. Ikut kemampuan, kadang kala ada tanah yang keras. Walaupun saiz polibeg anak pokok itu kecil, pastikan lubangnya besar.

2. Masukkan tanah hitam

Sebelum letakkan anak pokok, kambus balik sedikit lubang yang kita buat tadi. Kalau ada tanah hitam, boleh masukkan dalam lubang. Ini penting supaya akar baru dapat membesar dengan subur.

3. Tutup pangkal pokok

Selepas anak pokok dah ditanam, boleh tutup pangkal pokok dengan gunakan daun kelapa atau apa bahan yang sesuai. Saya guna sabut kelapa (cocopeat). Ia penting supaya air dan lembapan tak mudah hilang nanti kalau panas terik.

4. Kena siram sebaik lepas tanam

Selepas tanam pokok, kena siram dengan air secukupnya. Tanam pokok sebelah petang. Biar pokok ada masa yang panjang dengan cuaca sejuk. Haba yang kurang. Kalau tanam waktu pagi, pokok akan terkejut dengan bahang tanah dan panas cahaya matahari.

Selamat mencuba. Insyallah pokok akan hidup dengan cantik.

Sumber: Mohd Ikhwan Hussin

The post Tip Tanam Anak Pokok Buah Di Rumah Supaya Pokok Hidup Subur appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments