Tip Masak Stok Sambal Banyak Untuk Frozen Tanpa Merecik Kotorkan Dapur

Bagi ibu yang bekerja ramai stok sambal frozen ini supaya dapat mudahkan kerja memasak. Sekali buat saja, hari berikutnya cuma panaskan saja dan macam-macam hidangan boleh buat.

Memang senang kerja, tapi satu masalah bila nak buat stok sambal ni, dia punya merecik tu habis dinding dapur kena minyak. Ada juga yang sampai ke lantai. Nak elak kejadian macam ni dan menambah kerja untuk bersihkan dapur kita ikut tip dari Fiza Desa ini.

Sambal confirm tak merecik sampai sudah

Tip masak sambal tak merecik sampai ke sudah. Tip ni akan buat korang tak perlu nak lap-lap dan dapur.  Sambal ini saya masak banyak dan frozenkan. Nak masak ambil masa 2 jam juga sebab guna api kecil betul supaya sambal masak dan elok kejadiannya.

1. Kuantiti bahan yang digunakan. Cili perlu direbus dan dikisar berasingan dengan bawang.

 

2. Mula-mula panaskan minyak secukupnya, tumis masak bawang sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Guna penutup periuk.

3. Kemudian masukkan cili, guna api perlahan juga. Saya masuk 2-3 keping asam keping.

4. Bila dah masukkan cili, tutup semula kuali. Pastikan pakai tudung periuk yang berat. Waktu ini bolehlah nak buat kerja rumah yang lain sambil sesekali kacau.

5. Tengok dinding bersihkan, sesekali buka kacau sambal. Kalau tiba-tiba sambal meletup ganas, tutup api kejap dan terus kacau. Waktu ini boleh masukkan garam, gula, gula melaka, gula kabung dan sebagainya.

6. Ok…sambal hampir siap. Minyak kalau rasa banyak sangat, boleh ceduk dan buang. Kita guna banyak minyak supaya sambal masak elok.

7. Dah sejuk, letak dalam bekas macam ni untuk simpan dalam peti ais. Dapat 6 bekas.

8. Frozenkan sambal, bila nak guna keluarkan potong guna pisau waktu beku. Agak-agak banyak mana nak guna, lebih simpan semula.

Sambal ini boleh buat sambal ayam, udang, sambal ikan bilis, mi goreng, kuetiau dan macam-macam. Sambal ini sambal siap masak sempurna dan ada rasa.

Nak guna microwave pun dijamin dah masak. Saya kurangkan masin supaya senang nak sesuaikan rasa dengan sambal yang kita buat. Masak 5-10 minit siap tanpa kotorkan dapur.

Sumber: Fiza Desa

 

The post Tip Masak Stok Sambal Banyak Untuk Frozen Tanpa Merecik Kotorkan Dapur appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments