TERKINI: Terdapat 4 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Termasuk Tiga Negeri di Semenanjung

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat (4) lagi kluster baharu Covid-19 setakat Ahad (18 Oktober 2020) jam 12 tengah hari.

Menerusi sidang media terkini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keempat-empat kluster tersebut melibatkan tiga negeri di Semenanjung iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Kota Kinabalu, Sabah.

Berikut merupakan perincian empat (4) kluster baharu Covid-19 seperti yang dilaporkan hari ini oleh KKM:

1) KLUSTER BAH LAYANGAN

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah Rembau di Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15654) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 142 individu telah
disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19, 67 individu negatif dan 62 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER ALMA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke18066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 183 individu telah
disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif Covid-19, 43 individu negatif dan 133 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER AUTO

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sebanyak sembilan (9) kes dikesan positif Covid-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

4) KLUSTER PENJARA KEPAYAN

Kluster baharu ini dikenal pasti di Kota Kinabalu di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19628) yang telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 48 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 170 individu telah
disaring, di mana 49 kes dikesan positif Covid-19, 121 individu negatif dan tiada individu menunggu keputusan.

[LANGSUNG] Sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia

[LANGSUNG] Sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di MalaysiaIhsan FB Kementerian Kesihatan#BHTV#METROTV#NSTTV

Posted by Harian Metro on Sunday, October 18, 2020

Sumber: Sidang Media KKM

The post TERKINI: Terdapat 4 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Termasuk Tiga Negeri di Semenanjung appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments