TERKINI: Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Sabah Iaitu Kluster Kertang

kluster baru covid-19

Putrajaya, 20 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini di Sabah.

Menurut beliau, kluster yang dikesan di Kota Belud itu melibatkan kes ke-17,623. Pesakit dikesan positif melalui hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober lalu.

Susulan itu, kes diasingkan dan dirawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di PPR Taman Seri Bayu kota Belud, katanya.

Hasil saringan kontak rapat mendapati 19 lagi positif COVID-19. Sehingga 20 Oktober 2020, sejumlah 216 individu disaring di mana 21 positif manakala 195 masih menunggu keputusan.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, October 20, 2020

Sumber: KKM

The post TERKINI: Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Sabah Iaitu Kluster Kertang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments