TERKINI: PKPD Akan Dilaksanakan Di Taman Semarak Dan PPR Balung Di Tawau Bermula 26 Oktober

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri melalui sidang media hari ini memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Semarak dan PPR Balung di Tawau, Sabah bermula 26 Oktober ini sehingga 10 November.

“Sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD yang melibatkan dua lokaliti, berkuatkuasa pada 26 Oktober hingga 10 November.

“Lokaliti tersebut adalah Taman Semarak dan PPR Balung, Tawau, Sabah. PKPD di dua lokasi ini akan melibatkan 4, 266 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 21, 474,” katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

The post TERKINI: PKPD Akan Dilaksanakan Di Taman Semarak Dan PPR Balung Di Tawau Bermula 26 Oktober appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments