TERKINI: PKPB Seluruh Sabah Dilanjutkan Hingga 9 Nov – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 24 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah akan dilanjutkan 14 hari lagi bermula 27 Okt sehingga 9 Nov ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk.

“Sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan di kalangan penduduk Sabah,” katanya dalam sidang media khas perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan PKPB selama 14 hari bermula 13 Okt sehingga 26 Okt sahaja.

Sementara itu, PKP Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Tropicana, Petaling Jaya pula akan ditamatkan pada 25 Okt ini seperti yang dijadualkan.

Bagaimanapun, asrama tersebut masih lagi tertakluk di bawah peraturan PKPB seluruh Selangor.

Sumber: RTM

The post TERKINI: PKPB Seluruh Sabah Dilanjutkan Hingga 9 Nov – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments