TERKINI: PKPB Akan Dilaksanakan Di Daerah Kota Belud Berkuatkuasa 13 Oktober Ini

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Belud, Sabah.

“Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Belud yang berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan saringan secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari tersebut,” katanya.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Sunday, October 11, 2020

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

The post TERKINI: PKPB Akan Dilaksanakan Di Daerah Kota Belud Berkuatkuasa 13 Oktober Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments