TERKINI: KKM Sahkan 5 Kes Kematian Hari Ini, Warga Emas 82 Tahun Antara Pesakit Yang Meninggal Dunia

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima kes kematian setakat hari ini. Bagaimanapun, kesemua mangsa daripada negeri Sabah.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 146 kes (1.02 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Empat daripada lima kematian ini mempunyai sejarah penyakit kronik.

Ini perincian mengenai kes kematian hari ini:

  1. Lelaki berusia 55 tahun. Meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Lahad Datu dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan disipidemia.
  2. Perempuan berusia 75 tahun. Meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Semporna dan mempunyai latar belakang darah tinggi.
  3. Lelaki berusia 57 tahun. Meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
  4. Lelaki berusia 82 tahun. Meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tawau dan tiada latar belakang penyakit direkodkan.
  5. Lelaki berusia 53 tahun. Meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tawau dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, October 8, 2020

 

Sumber: Sidang Media KKM

The post TERKINI: KKM Sahkan 5 Kes Kematian Hari Ini, Warga Emas 82 Tahun Antara Pesakit Yang Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments