TERKINI: Enam Kluster Baru COVID-19 Dikesan Hari Ini, Termasuk 3 Di KL

Putrajaya, 12 Oktober – Sebanyak enam kluster baru COVID-19 dikesan hari ini di beberapa negeri di seluruh Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster tersebut merupakan Kluster Kolong, Bah Tropicana, Baiduri, Bah Perdana, Rinting dan Bah Kasturi.

Dari jumlah tersebut, Kuala Lumpur mencatatkan dua kluster baharu, Selangor (1), Sabah (1), WP Putrajaya (1) dan Johor (1).

Berikut merupakan perincian keenam-enam kluster berkenaan.

Kluster Kolong

Kluster ini dikesan di Keningau, Sabah.

Kes indeks merupakan kes ke-13,548 yang disahkan positif hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober 2020 yang lalu. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Hasil saringan mendapati 7 kontak rapat pesakit disahkan positif.

Sehingga kini, seramai 92 individu telah disaring di mana 8 positif, 81 negatif dan 3 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Tropicana

Kluster baru ini dikesan di Petaling.

Kes indeks, kes ke-11,804 dikenalpasti positif hasil saringan pulang dari Sabah pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Seramai 13 individu disahkan positif hasil saringan kontak rapat.

Setakat ini, seramai 147 individu telah disaring di mana 14 positif, 105 negatif dan 28 masih menunggu keputusan.

Kluster Baiduri

Kluster ini dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, melibatkan daerah Hulu Langat dan Cheras.

Kes indeks, kes ke-14,312 dikenalpasti positif hasil saringan sebelum pembedahan pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh.

Seramai 17 kes disahkan positif hasil saringan kontak rapat.

Setakat ini, sejumlah 39 individu telah disaring, 18 positif, 12 negatif dan 9 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Perdana

Dikenalpasti di daerah Cheras, WP Kuala Lumpur.

Kes indeks kes ke-11,305 dikenalpasti positif hasil saringan pulang dari Sabah pada 28 September 2020.

Seramai 8 kontak rapat dikesan positif.

Hingga 12 Oktober, seramai 22 individu telah disaring di mana 9 positif dan 13 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Kasturi

Kluster ini melibatkan Seremban, Cheras, Putrajaya, WP KL, Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat

Kes indeks merupakan kes ke-12553. Kes dikenalpasti positif hasil saringan pulang dari Sabah pada 24 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar di Negeri Sembilan.

Saringan kontak rapat mendapati 17 individu positif.

Setakat hari ini, seramai 305 individu telah disaring dalam kluster ini di mana 18 positif, 277 negatif dan 10 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Rinting

Melaka Tengah dan JB

Kes indeks, kes ke-14,350 dikenalpasti positif hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Melaka.

Hasil saringan kontak rapat mendapati 7 individu positif.

Setakat hari ini, sejumlah 162 indiviu disaring, 8 positif, 97 negatif dan 57 masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

The post TERKINI: Enam Kluster Baru COVID-19 Dikesan Hari Ini, Termasuk 3 Di KL appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments