TERKINI COVID-19: 4 Kematian Lagi Dicatatkan Hari Ini, Semuanya Di Sabah

Putrajaya, 13 Oktober – Kementerian Kesihatan  (KKM) mengesahkan empat lagi kematian akibat COVID-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Malaysia naik kepada 163.

Berikut merupakan ringkasan empat kes kematian hari ini:

Kes ke-160 iaitu kes ke-16,315, merupakan perempuan berusia 84 tahun. Pesakit mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan dislipidemia dan disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan, Sabah.

Kematian ke-161, iaitu kes ke-16,316 pula merupakan lelaki berusia 83 tahun yang mempunyai sejarah darah tinggi, kencing manis dan dislepidemia. Beliau turut disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

Kematian ke-162 pula merupakan kes ke-16,662 yang merupakan wanita berusia 36 tahun. Beliau merupakan pesakit penyakit tuberkulosis dan masih dalam rawatan di Hospital Semporna, Sabah.

Kematian ke-163 merupakan kes ke-16,663 melibatkan lelaki 59 tahun yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang kronik. Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, October 13, 2020

Sumber: KKM

The post TERKINI COVID-19: 4 Kematian Lagi Dicatatkan Hari Ini, Semuanya Di Sabah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments