TERKINI: Anwar Dakwa Mempunyai Sokongan Lebih 120 Ahli Parlimen

Dalam satu sidang media bersama Presiden parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi ketika diajukan soalan oleh wartawan mengenai berapa jumlah sokongan majoriti yang beliau terima seperti yang didakwa.

Anwar menjawab beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen dan sebelum itu juga beliau mengesahkan sudah mempersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong dokumen sahih mengenai majoriti sokongan yang diterimanya.

Ketua Pembangkang itu turut mendakwa bahawa Yang Di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti untuk mendapatkan input dan mengesahkan dokumen sokongan terhadap Ahli Parlimen Port Dickson tersebut.

Pada 23 September yang lalu, Anwar Ibrahim mendakwa dalam satu sidang media bahawa beliau telah mendapat majoriti yang kukuh dan meyakinkan.

[LANGSUNG] Sidang media khas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pengumuman penting pasca sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Posted by BERNAMA on Monday, October 12, 2020

 

Sumber: Sidang Media

The post TERKINI: Anwar Dakwa Mempunyai Sokongan Lebih 120 Ahli Parlimen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments