TERKINI: 629 Lagi Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, Sabah Kekal Catat Kes Tertinggi Dengan 489 Kes

PUTRAJAYA, 16 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 629 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut, hanya dua sahaja kes import manakala 627 selebihnya merupakan penularan tempatan.

Pecahan kes adalah di 489 di Sabah, 50 di Selangor, 33 di Pulau Pinang, 19 di Labuan, 10 di Kuala Lumpur dan sembilan di Perak.

Sementara itu, 245 kes pulih turut direkodkan hari ini, jumlah keseluruhan kes pulih meningkat ke 12,259 kes bersamaan 65.4 peratus

Bagaimanapun, enam lagi kematian baharu dikesan beserta tiga kluster baharu turut dikenal pasti.

Maklumat lanjut menyusul.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, October 16, 2020

Sumber: KKM

The post TERKINI: 629 Lagi Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, Sabah Kekal Catat Kes Tertinggi Dengan 489 Kes appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments