TERKINI: 6 Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Termasuk Di Negeri Sembilan, Melaka, Dan Selangor

Putrajaya, 22 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan enam lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini.

Kluster itu melibatkan beberapa daerah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah. Sehingga hari ini, sebanyak 99 kluster aktif telah direkodkan termasuk enam kluster baru hari ini.

Berikut merupakan ringkasan kluster baru berkenaan:

Kluster Tinusa

Kes indeks kluster ini ialah kes ke-12,844 yang didapati positif hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020 lalu. Beliau dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.

Hasil saringan ke atas 586 individu mendapati seramai 33 kontak rapat positif, 486 negatif dan 67 masih menunggu keputusan.

Kluster Sauh

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.

Kes indeks kluster ini, kes ke-16,540 dan kes ke-17,508 dikenalpasti positif hasil saringan bergejala pada 13 Oktober 2020.

Susulan itu, kes ke-16,540 telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth manakala kes ke-17,508 telah dimasukkan ke Hospital Miri, Sarawak.

Saringan kontak rapat mengenalpasti 15 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga hari ini, seramai 149 individu telah disaring di mana 17 kes positif dan 132 negatif.

Kluster Jambu

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.

19,367 dikenalpasti positif hasil saringan sebelum pembedahan pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh

Saringan kontak rapat mendapati 13 lagi positif COVID-19. Sehingga hari ini, seramai 139 individu telah disaring di mana 15 kes positif dan 124 masih menunggu keputusan

Kluster Sofi

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di mana kes indeks, kes ke-22,168 dikenalpasti positif hasil saringan bergejala pada 20 Oktober. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Rembau untuk rawatan.

Sehingga kini, seramai 33 kontak rapat disahkan positif berdasarkan saringan ke atas seramai 160 individu, manakala 11 negatif dan 115 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Mutiara

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan Titiwangsa, Lembah Pantai di WP Kuala Lumpur.

Kes indeks, kes ke-10,507 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala dan didapati mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sg Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Seramai 9 kontak rapat didapati positif hasil saringan ke atas 96 individu yang telah disaring di mana 86 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Umboo

Melibatkan daerah Alor Gajah, Melaka.

Kes indeks merupakan kes ke-21,322 yang dikenalpasti positif hasil saringan di Depoh Tahanan Imigresen.

Saringan kontak rapat mendapati 3 lagi positif COVID-19. Sehingga kini, seramai 373 individu telah disaring di mana 4 positif, 218 negatif dan 151 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

The post TERKINI: 6 Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Termasuk Di Negeri Sembilan, Melaka, Dan Selangor appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments