“Tak Mahu Susahkan Jiran,” Adik Bonceng Jenazah Ibu Dengan Motosikal, Kakak Tampil Perjelas Hal Sebenar

jenazah atas motor

Sebelum ini, tular video seorang lelaki membawa jenazah ibunya di atas motor dipercayai di Jawa Tengah, Indonesia. Dalam rakaman yang tular, Sutejo, 50 dilihat meletakkan jenazah berbalut kain batik dan mengikatnya pada bahagian belakang tempat duduk motosikal.

Menurut kakaknya seperti dilaporkan Detik, lelaki itu berbuat demikian kerana tidak mahu menyusahkan jiran tetangga.

“Adik saya tu tak mahu susahkan jiran. Itu dia tak mahu. Kalau ada apa-apa ditanggung sendiri,” kata Sri Suyamti, 60, ketika ditemui media di Desa Kedunglengkong, Boyolali semalam (30 Okt).

Katanya, adiknya merupakan seorang yang pendiam. Dia juga dikatakan sangat jarang bergaul dengan jiran tetangga di perkampungannya.

Sutejo yang merupakan anak bongsu daripada Ginem Suharti, 80 itu dikatakan ingin menguruskan sendiri pengebumian jenazah ibunya di perkuburan tempatan.

Namun selepas dipujuk keluarga dan jiran, jenazah Ginem akhirnya dibawa ke pusat pengurusan jenazah untuk dimandi dan dikafankan.

Lelaki yang telah berkeluarga dan mempunyai dua anak itu tinggal di kejiranan yang sama dengan kakaknya, Sri Suyamti, yang meminta dia menjaga ibu mereka ketika wanita itu sedang bekerja.

Tindakan Sutejo membawa jenazah ibu mereka ketika itu turut mengejutkan kakaknya yang tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja.

“Saya terkejut, astarghfirullah al-a’dzim. Adik saya kenapa macam tu, kenapa dibawa naik motosikal macam tu. Yang tak tahu fikir (jenazah) diapa-apakan, (sedangkan) sebenarnya sakit tua,” kata Suyamti.

“Kelmarin kalau tak dibawa adik saya, saya carikan ambulans. Beritahu jiran, mesti mereka bantu. Adik saya tak mahu susahkan jiran,” jelasnya.

Ibu mereka dilaporkan telah meninggal dunia pada Khamis lalu dipercayai kerana sakit tua.

Sumber: Detik News

The post “Tak Mahu Susahkan Jiran,” Adik Bonceng Jenazah Ibu Dengan Motosikal, Kakak Tampil Perjelas Hal Sebenar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments