Tak Mahu Pelajar Ketinggalan, Guru Ini Gigih Datang Rumah Pelajar Dan Mengajar Guna Talam

Seorang guru dilaporkan telah menggunakan talam aluminium sebagai pengganti papan hitam untuk mengajar anak muridnya, lapor Tribun News.

Guru yang bernama Susilawati itu dikatakan melawat pelajarnya setiap hari dan mengakui bahawa anak muridnya sukar memahami sekiranya hanya dijelaskan secara lisan.

Mangajar di SDN 131 Manyollong, Kecamatan Sinjai Tengah, Sulawesi Selatan, Susilawati aktif mengunjungi rumah pelajar untuk mengajar secara bersemuka ketika krisis pandemik COVID-19 ini.

Keadaan memaksanya menggunakan talam milik ibu bapa pelajarnya kerana tidak mempunyai papan hitam.

Dia sanggup pergi mengajar di rumah pelajarnya kerana tidak semua mempunyai telefon pintar atau mempunyai jaringan internet.

Gambar Via Tribun News

Pada mulanya, Susilawati cuba menulis melalui talam di rumahnya dengan menguji dakwat penanda. Percubaannya berjaya dan kemudian diterapkan kepada pelajar semasa mengajar.

“Saya menggunakan talam ini kerana tidak dapat membawa papan hitam dari sekolah dan ia mudah difahami oleh pelajar,” katanya.

Usahanya itu turut dihargai oleh Ketua Perkhidmatan Pendidikan Sinjai, A Jefrianto Asapa yang sangat kagum dengan cara guru tersebut menggunakan alat pembelajaran yang inovatif.

Namun, Pejabat Pendidikan Sinjai sedang menyiapkan sistem pembelajaran video dengan bahan yang sederhana dan berkualiti agar penggunaan talam tersebut tidak digunakan secara terus menerus oleh guru-guru.

Sumber: Tribun News

The post Tak Mahu Pelajar Ketinggalan, Guru Ini Gigih Datang Rumah Pelajar Dan Mengajar Guna Talam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments