‘Sokong Atau Tolak Anwr Perdana Menteri Baru’ Ku Li Dijangka Hadap Agong 2 Petang Bagi Keputusan

PETALING JAYA: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 2 petang ini, kata sumber.

Sumber itu berkata, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, akan ditemani beberapa ahli Parlimen Umno yang bersekutu dengannya.

Mereka berkata, ketika menghadap Sultan Abdullah, ahli Parlimen Umno itu dijangka sama ada menyuarakan sokongan mereka atau menolak ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang berhasrat menjadi perdana menteri baru.

Tengku Razaleigh, 83, bekas menteri kewangan, ialah ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia dan dilihat sebagai negarawan berpengaruh dan lebih tua yang dihormati rakan seangkatan.

Terdahulu, Anwar menghadap Sultan Abdullah selama sejam hari ini.

Ketua pembngkang itu yang tiba kira-kira 10.25 pagi, meninggalkan Istana Negara pada 11.30 pagi sambil diiringi laungan “Reformasi” penyokong yang berkumpul berdekatan pagar istana, tanpa bercakap kepada media.

Pada 23 Sept lalu, Anwar mendakwa mempunyai “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sokongan yang diperolehi, sebaliknya hanya memaklumkan jumlah itu akan didedahkan setelah beliau mengadap Agong.

Beberapa parti dalam kerajaan Perikatan Nasional menafikan memberi sokongan kepada Anwar, tetapi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengakui ramai ahli Parlimen parti itu menyokong ahli Parlimen Port Dickson itu.

Sumber : FMT

The post ‘Sokong Atau Tolak Anwr Perdana Menteri Baru’ Ku Li Dijangka Hadap Agong 2 Petang Bagi Keputusan appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments