Sekelip Mata Trending ,Berlumba-Lumba Sahut Cabaran Empat Dara Kak Lina Pom Pom…Siapa Paling Win?

Bukan biasa-biasa penangan Elly Mazlein atau kini lebih popular disapa Kak Lina Pom Pom!

Memuat naik sepotong rakaman video menyanyikan lagu tradisional Empat Dara di Instagramnya beberapa hari lalu, video terbabit kini mendapat lebih 1 juta tontonan dan hampir 10,000 komen.

Dalam video berkenaan, Elly yang mengenakan sehelai selendang bercorak menyanyikan lagu terbabit dengan gaya bersahaja yang mana disifatkan netizen seperti gaya kumpulan nasyid Al-Jawaher.

Elly turut mencabar netizen untuk menyanyikan semula lagu terbabit mengikut versinya dan menawarkan wang saguhati RM100 bagi video terbaik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cabaran Elly itu mendapat reaksi daripada netizen termasuk rakan selebriti yang turut merakamkan semula lagu Empat Dara dalam versi tersendiri.

Antaranya Datuk Aznil Nawawi, Achey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang turut mencuri tumpuan ramai dengan nyanyian cara tersendiri termasuklah dua warga pendidik, Cikgu Gja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apapun, cabaran Elly kali ini sedikit sebanyak menyemarakkan semula lagu irama tradisional yang semakin dilupakan golongan muda masa kini.

Lagu Empat Dara sebelumnya adalah milik Allahyarhamah Sharifah Aini yang dimuatkan dalam album Dewi Seri Malam sebelum dinyanyikan semula oleh salah seorang peserta Gegar Vaganza tahun ini, Noraniza Idris menerusi album Iboq yang dipasarkan pada tahun 2000.

Syabas Kak Lina Pom Pom!

Sumber : gempak

 

 

 

 

 

 

 

The post Sekelip Mata Trending ,Berlumba-Lumba Sahut Cabaran Empat Dara Kak Lina Pom Pom…Siapa Paling Win? appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments