“Saya rayu jangan lastik saya”

Kebelakangan ini banyak berlaku kisah kisah yang kita tak sangka terutama remaja generasi handphone dan komputer ni
atau generasi Y yg makin lama makin pelik kelakuan mereka.Yang terbaru dengan orang tua pun jadi mainan mereka.

Beberapa hari lalu, viral di media sosial video seorang wanita warga emas telah dibvli oleh sekumpulan remaja.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, warga emas tersebut dilihat sedang diganggu oleh sekumpulan remaja yang seperti mahu memukulnya dan cuba menganggunya yang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Video tersebut telah mendapat respon negatif netizen yang rata-rata mengecm tindakan remaja tersebut yang bersikap biadap dengan orang tua.

Akhirnya remaja membuli warga emas serah diri 

Walau bagaimanapun, mujurlah polis telah menahan 4 remaja yang berusia 15 hingga 18 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes buli tersebut selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, Kelantan semalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Kosmo, empat remaja berkenaan direman di Mahkamah Pasir Puteh pada 3 Oktober lalu.

Lebih mengejutkan, dua daripada remaja tersebut merupakan anak sepupu mngsa dan mereka telah menyerah diri kira-kira jam 2.30 petang pada 3 Oktober lalu.

“Manakala dua lagi lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk pera­kam video tular itu dithan selepas menyerah diri pada pukul 5.30 petang,” kata pihak polis.

Warga emas alami lebam dan sakit lengan lepas dilastik 

Dalam pada itu, mangsa, Wan Bidah Wan Deraman, 67, memberitahu yang dia mengalami lebam dan sakit pada bahagian lengan selepas dilastik 2 remaja. Haih apa punya perangai lah budak-budak ni…

Wan Bidah yang juga seorang ibu tunggal berkata kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9 malam ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya seorang diri.

Dia kemudian didatangi kira-kira 6 orang remaja termasuk anak sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya.

“Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak mela­stik saya kerana bimbang mata menjadi buta,” katanya.

 

Namun rayuannya tidak diendahkan dan mereka semakin agresif melastiknya sehingga batu tersebut terkena lengan kiri.

Susulan kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis demi keselamatan dirinya di IPD Bachok kira-kira jam 8 malam pada 1 Oktober lepas.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak baik bvli org tua

Harap kejadian ni jadi pengajaranlah buat semua. Tak baik bvli orang tua mahupun muda.

Sumber : lobakmerah

The post “Saya rayu jangan lastik saya” appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments