“Saya Dah Sampai,Parents Dah Balik” Pelajar Bersuara Geram,Ini Jawapan Menteri Pengajian Tinggi

Keputusan dari Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran fizikal telah menyebabkan segelintir mahasiswa berdepan dengan beberapa masalah terutamanya penginapan.

Difahamkan, ada segelintir daripada pelajar telah tiba di universiti masing-masing dan menerima arahan untuk mengosongkan kediaman dengan segera.

Di Twitter, seorang pelajar dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Syffqah berkongsi pengalaman ketika sudah tiba di kolej kediaman sebelum menerima arahan untuk beredar dari situ.

Saya dah sampai bilik ni

 

 

 

 

Perkongsiannya itu telah mendapat lebih 4 ribu tanda Retweet dan rata-rata pengguna alam maya bersimpati dengan nasib yang dihadapi pelajar ini.

Difahamkan, dia baru sahaja tiba di kolej kediaman dan ibu bapa telah pun pulang sejurus menghantarnya. Dia menerima pengumuman dan arahan untuk mengosongkan kolej dengan kadar segera.

Tiada pilihan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dia juga menerima arahan untuk mengangkat barang-barang yang dibawa untuk keluar dari kolej tersebut. Pelajar dari Johor ini terpaksa akur dengan arahan yang dikeluarkan pihak universiti.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tolonglah pertimbangkan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tambahan, pelajar ini juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan institusi sehingga telah mencetuskan situasi dan keadaan yang tidak diingini ini.

Tidak dinafikan, ada segelintir pelajar yang lain menangis apabila menerima berita tersebut. Malah, ada diantara mereka juga terpaksa pulang semula ke kampung halaman dengan menaiki bas.

Boleh kekal di kampus dan nantikan arahan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sementara itu, menerusi laporan Astro Awani, Menteri Pengajian Tinggi iaitu DatukDr Noraini Ahmad tampil memohon maaf atas keputusan menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi pelajar universiti di saat-saat akhir. Bagaimanapun, dia mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar susulan menangguhkan pendaftaran fizikal.

Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19 ini. Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti.

Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke universiti. Peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka.

Kementerian telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

Sumber : astro awani

 

The post “Saya Dah Sampai,Parents Dah Balik” Pelajar Bersuara Geram,Ini Jawapan Menteri Pengajian Tinggi appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments