“Satu Kereta 2 Orang,” Ini Antara SOP Untuk PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Yang Perlu Dipatuhi

Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikenakan ke atas seluruh Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bakal dilaksanakan pada 14 Oktober 2020 ini menyaksikan bahawa kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha keras memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Sidang media hari ini memaklumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuthi oleh rakyat di negeri ini.

Menurut Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini, kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

1. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah

Selain itu, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

2. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;

  • Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

3. Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.

  • Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.
  • Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

4. Individu yang perlu merentas melalui kawasan PKPB

  • Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

5. Individu yang menggunakan pergerakan udara

  • Bagi individu yang melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis.

6. Hanya dua orang dibenarkan dalam satu kereta

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Tuesday, October 13, 2020

 

Sumber: Sidang Media MKN

The post “Satu Kereta 2 Orang,” Ini Antara SOP Untuk PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Yang Perlu Dipatuhi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments