Remaja Perempuan Tarik Perhatian Ramai, Aksi Bersahaja Bawa Harimau ‘Jalan-jalan’ Jadi Viral

Seorang remaja perempuan menjadi perhatian setelah membawa harimau peliharaannya keluar ‘berjalan-jalan’ dan mendakwa bahawa memiliki seekor lagi harimau kecil di rumahnya, lapor Daily Mail.

Video yang dirakam oleh seorang lelaki itu telah tular dengan  menyaksikan remaja perempuan tersebut membawa harimau Bengal ketika dia berjalan di bandar Guasave, Sinaloa.

Gambar Via Daily Mail

Lelaki tersebut dipercayai telah mengikuti remaja perempuan itu ke rumah dan bertanya di manakah bapanya.

Gadis itu mendakwa bahawa ada harimau yang lebih kecil di dalam rumah keluarganya.

Gambar Via Daily Mail

Menurut Peguam Persekutuan untuk Perlindungan Alam Sekitar, harimau Bengal (Panthera tigris) merupakan spesies eksotik yang tersenarai di dalam Lampiran I Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies  Hidupan Liar dan Fauna yang Diancam Kepupusan.

Memetik laporan Daily Mail, pada bulan Mei yang lalu, pihak berkuasa di Jalisco telah merampas dua ekor Bengal dari sebuah rumah.

Haiwan tersebut ditempatkan di kawasan tertutup di sebuah ladang namun pemiliknya tidak memiliki permit yang sah untuk memeliharanya.

Sumber: Daily Mail

The post Remaja Perempuan Tarik Perhatian Ramai, Aksi Bersahaja Bawa Harimau ‘Jalan-jalan’ Jadi Viral appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments