PKPB Akan Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya, Berkuatkuasa 14 Oktober 2020

Berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 pagi 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.

Perkara itu diumukan oleh Dato’ Ismail Sabri Yaacob dalam Siaran Langsung sidang media  Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi. Antara aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan adalah merentas daerah kecuali bekerja di luar daerah dan perlu menunjukkan pas pekerja dari majikan.

Hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Semua aktiviti sosial, aktiviti pendidikan, aktiviti agama dan majlis-majlis sosial tidak dibenarkan.

Menurut Ismail, sekolah, universiti, taska, masjid, dan rumah ibadat juga ditutup.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, October 12, 2020

Sumber: Sidang Media MKN

The post PKPB Akan Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya, Berkuatkuasa 14 Oktober 2020 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments