Pegawai Polis Berpangkat Inspektor & Ke Atas Boleh Keluarkan Kompaun Ingkar PKPP Serta-merta Di Lapangan

PUTRAJAYA, 7 Okt – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lapangan diberikan kuasa untuk mengeluarkan kompaun serta-merta kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan kompaun serta-merta yang dipersetujui Jabatan Peguam Negara itu boleh dikeluarkan oleh anggota PDRM berpangkat Inspektor dan ke atas.

“Sebelum ini individu yang melanggar SOP ditahan dan dibawa ke balai polis.

“Jadi mulai hari ini kompaun akan dikeluarkan di lapangan atau di tempat kejadian berlaku,” katanya dalam sidang video perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sidang Media Harian

7 Oktober 2020

Posted by Kementerian Pertahanan Malaysia on Wednesday, October 7, 2020

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

The post Pegawai Polis Berpangkat Inspektor & Ke Atas Boleh Keluarkan Kompaun Ingkar PKPP Serta-merta Di Lapangan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments