Modal Hanya RM40, Begini Caranya Hilangkan Warna ‘Kuning’ Pada Lampu Kereta

Antara masalah yang sering dihadapi pemilik kenderaan adalah apabila cermin lampu kereta bertukar menjadi warna kuning seperti kusam.

Situasi ini juga boleh menjejaskan pandangan terutama ketika memandu pada waktu malam.

Untuk mengelakkan masalah ini, anda tidak perlu ke bengkel, sebaliknya boleh sendiri dengan hanya bermodalkan sekitar RM40 sahaja.

Perkongsian dari laman sosian melalui akaun twitter @syahmie_14 memberitahu cara terbaik menyelesaikan masalah ini.

Bahan-bahan:

Masking tape
Sekeping kertas pasir 600, 800, 1000
Autosol metal (beli di shopee RM5)
Coating spray samurai berharga RM2,000 (beli di Shopee RM30)
Total kos: RM39.

Cara membuat:
1. Pertama sekali letak 'masking tape' keliling lampu, jadi tidak akan tercalar ketika menggosok dengan kertas pasir.

2. Guna kertas pasir 600 dulu, kerat dalam saiz sebesar tapak tangan sudah memadai. Kemudian gosok dan tonyoh lampu kereta dengan air sekali. Kemudian guna kertas pasir 800 dan akhir sekali guna 1000. Lampu kanan akan jadi kelabu sedikit dan keadaan normal.

3. Biarkan kering dulu lampu kereta, kemudian barulah cuci dengan autosol metal. Boleh gunakan span atau kain polish. Lebih mudah jika ada grinder. Autosol ini ada 2 jenis, metal dan plastik.

5. Kemudian selepas sudah polish dengan autosol metal itu, lampu akan jadi seperti ini. Nampak sedikit jernih berkilat berbanding warna kelabu asap tadi. Biarkan kemudian barulah spray dengan coating spray samurai .

6. Untuk membuka spray boleh baca arahan pada cover tin berkenaan. Kemudian spray secara radom pada lapisan pertama dari jrak 15 – 30 cm. Jangan terlalu lama. Tunggu sehingga 10 minit sehingga betul-betul kering, barulah spray pada lapisan kedua. Cara semburan kali kedua ini penting, samada spray secara menegak atau melintang

7. Sekiranya campurkan spray kedua menegak dan spary ketiga melintang, akan jadi seperti lampu sebelah kiri, tidak berkilat sangat. Sebaliknya lampu sebelah kanan di spray hanya 1 arah sahaja.

8. Bahagian ini paling penting. pastikan selepas setiap spray,segera lap body kereta yang kena spray tadi sebelum kering. Hanya dalam masa 1 jam 40 minit, lampu kereta sudah mendapat hasil yang diimpikan.

The post Modal Hanya RM40, Begini Caranya Hilangkan Warna ‘Kuning’ Pada Lampu Kereta appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments