Lelaki Ini Kongsi Tip Simpan Duit Cara ‘Old School’ Yang Efektif, Elak ‘Sengkek’ Hujung Bulan

Tidak dinafikan dalam waktu zaman ekonomi yang tidak menentu ini, kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam soal berbelanja.

Simpan dulu keingian untuk membeli belah kecuali barangan keperluan saja. Inilah masanya untuk kita menggunakan wang yang ada secara berhemah selepas menerima gaji bulanan.

Untuk tidak menyesal di kemudian hari, boleh ikuti perkongsian lelaki ini Hilmi Jailani menyimpan wang cara ‘old school’ tetapi dengan lebih efektif agar tidak keputusan belanja hujung bulan.

Menurutnya cara digunakan sangat berkesan dan telah dilakukan sejak dua tahun lalu.

TIPS BIJAK MENYIMPAN CARA OLD SCHOOL!

Langkah 1:

Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.

Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.

Langkah 2:

Bandingkan perbelanjaan dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.

Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?

Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. 

Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.

Langkah 3:

Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.

Langkah 4:

Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?

JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN

Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham?

Langkah 5:

Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.

Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buatlah cantik-cantik dulu. 

Langkah 6:

Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa untuk catat.

Langkah 7:

Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tidak dengan catatan keluar masuk.

Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?

Haaa.. Yang ini boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kenalah berjimat lebih? 

Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah pada Yang Maha Kaya.

Kredit : Hilmi Jailani.

The post Lelaki Ini Kongsi Tip Simpan Duit Cara ‘Old School’ Yang Efektif, Elak ‘Sengkek’ Hujung Bulan appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments