“Kita Terpaksa Mengadakan Pilihanraya Kecualilah Jika Darurat Diisytiharkan -PM

Putrajaya, 31 Okt – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihanraya di Batu Sapi dan Sarawak hanya boleh ditangguhkan jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya dalam perutusan khas hari ini, peningkatan kes COVID-19 yang tinggi kini merupakan situasi yang merisaukan. Pun begitu, pilihanraya tidak dapat dielakkan kerana tuntutan perlembagaan.

“Kalau saudara saudari tanya saya, pilihanraya sepatutnya tidak patut diadakan langsung pada hari ini. Tetapi apa boleh dibuat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Maka kita terpaksa mengadakan pilihanraya kecualilah jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak. Maka bolehlah kita tangguh kedua-dua pilihanraya itu sehingga COVID-19 ini berakhir.

Jika pilihanraya tidak dapat ditangguhkan atas apa sebab sekalipun, rayuan saya pada semua penduduk di Batu Sapi dan Sarawak, berhati-hatilah. Jagalah diri saudara saudari semua dan patuhi SOP apabila pilihanraya diadakan, katanya.

Sumber: Bernama TV

The post “Kita Terpaksa Mengadakan Pilihanraya Kecualilah Jika Darurat Diisytiharkan -PM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments