Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali Jalani Kuarantin Di Rumah

ketua setiausaha negara

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara mengesahkan sedang menjalani kuarantin kendiri sehingga 16 Oktober ini.

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas menghadiri satu mesyuarat yang turut didatangi seorang individu yang didapati positif pada 3 Oktober 2020. Pun begitu, ujian awal COVID-19 mendapati dirinya negatif virus berkenaan.

“Saya juga telah menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan Alhamdulillah keputusannya adalah negatif. Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sebagaimana disarankan kerajaan,” katanya.

Susulan itu, beliau bakal meneruskan urusan pekerjaan dari rumah dan melakukan sidang video bagi mesyuarat yang perlu dihadirinya.

Beliau turut berpesan agar Ketua Jabatan kerajaan memberikan pelepasan khas atau kebenaran bekerja dari rumah kepada pegawai yang disahkan mempunyai simptom jangkitan atau menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 sepertimana dinyatakan dalam garis panduan pengendalian wabak yang dikeluarkan pada Mac lalu.

Sumber: Ketua Setiausaha Negara (KSN)

The post Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali Jalani Kuarantin Di Rumah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments