Kes COVID-19 Di Selangor Meningkat Sejak Hujung September Susulan Kemasukan, Kepulangan Pengunjung Dari Sabah – KP Kesihatan

Putrajaya, 20 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan negeri Selangor mencatatkan peningkatan dalam gelombang ketiga COVID-19 di negara ini.

Situasi ini dikatakan berpunca daripada kepadatan penduduk serta kadar pergerakan yang tinggi dalam kalangan penduduk dan pengunjung di Selangor.

“Perkembangan terkini ialah peningkatan kes di Selangor. Dengan pertambahan 132 kes positif hari ini, jumlah keseluruhan kes positif di Selangor adalah 3,489 kes. Bagi gelombang ketiga ini, negeri Selangor menyaksikan peningkatan kes pada penghujung September selepas kemasukan dan kepulangan pengunjung dari Sabah.

“Kluster pertama dikesan di Selangor dalam gelombang ketiga ialah Kluster Jalan Ampas pada 8 September yang melibatkan keluarga pulang dari Sabah.

“Peningkatan tempatan di Selangor mula dilihat pada 2 Oktober dan meningkat secara konsisten sehingga hari ini.”

Sebanyak 26 kluster aktif bermula kluster pertama, Kluster Jalan Ampas sehingga baru diumumkan, Kluster Hentian.

Sebanyak 18 kluster aktif (69.2 peratus) jangkitan tempatan manakala 8 kluster (30.8 peratus) mempunyai perkaitan dengan mereka yang pulang dari Sabah.

6 kluster baru yang dilaporkan sejak 11 Oktober 2020 adalah berkaitan dengan jangkitan tempatan di Selangor.

9 daripada 26 kluster mempunyai kaitan amat rapat dengan jangkitan di tempat kerja iaitu 34.6 peratus.

Satu kluster dikaitkan dengan tempat beli belah awam, iaitu 3.8 peratus.

Situasi ini berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan yang tinggi dalam kalangan penduduk dan pengunjung di Selangor, katanya.

Susulan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar menjaga penjarakan fizikal dan mengamalkan penjagaan kebersihan sentiasa.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, October 20, 2020

Sumber: KKM

The post Kes COVID-19 Di Selangor Meningkat Sejak Hujung September Susulan Kemasukan, Kepulangan Pengunjung Dari Sabah – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments