Kalau Tanam Anak Pokok Durian Di Rumah, Ikut Cara Penjagaan Ini Supaya Pokok Hidup Subur & Berbuah

 

Disebabkan harganya yang mahal ramai yang dah mula menanam atau membeli anak pokok durian. Walaupun lambat lagi akan menikmati hasilnya tapi tak mengapa.

Kalau kita tak dapat makan, anak cucu dapat nikmati hasilnya pun dah ok. Tapi selepas tanam anak pokok durian ini, ia tak boleh dibiarkan saja. Kena ada cara penjagaan betul barulah dapat hidup subur dan kita dapat makan buah durian yang kita tanam.

Jika di rumah ada menanam anak pokok durian, boleh ikut penjagaan ini ya. Tip yang dikongsi oleh pembekal anak pokok  Durian Monthong Tani ini boleh dipraktikkan sampailah pokok keluarkan hasil.

Tip jaga anak pokok durian sampailah pokok keluarkan hasil

Tanah

  • Bagi anak pokok durian yang baru ditanam adalah digalakkan menggunakan tanah campuran atau tanah yang lembab bertujuan untuk mengawal suhu pokok dan kelembapan tanah.
  • Ada juga yang menggunakan sabut kelapa dan sisa rumput yang kering dan diletakkan di pangkal pokok. Ini juga dapat membantu untuk mengawal kelembapan tanah. Apabila cuaca terlalu panas, kemungkinan anak pokok durian menjadi layu dan mati.

Siraman

  • Siram perlu 2 kali sehari, penyiraman pada awal pagi dan petang.
  • Jika anak pokok durian ditanam jauh daripada rumah kita, boleh menggunakan botol yang berisi air dan tebuk kecil pada bahagian penutup dan bahagian bawah botol perlu dipotong keliling.
  • Seterusnya, botol yang sudah ditebuk dan dipotong tersebut perlu diletakkan disebelah pokok secara terbalik. Apabila hujan turun, air akan bertakung di dalam botol tersebut dan secara tidak langsung air akan disalurkan secara terus pada pokok.

Boleh guna alat ini juga. Klik SINI untuk beli.

Kawalan rumpai atau rumput

  • Penggunaan racun rumpai tidak boleh digunakan di kawasan durian yang berumur kurang dari 2 tahun kerana ianya mampu merosakkan akar yang sangat aktif mengambil atau menerima makanan, kecuali jenama tertentu seperti Basta 15.
  • Sebaiknya kita menggunakan cangkul untuk mengawal rumpai atau rumput disekeliling pokok dan ini juga memudahkan kerja penyelenggaraan seperti membaja.

Pembajaan pokok durian

  • Digalakkan menggunakan baja ORGANIK KOMPOS atau semi-organik dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 pada peringkat awal pertumbuhan kemudian gunakan baja buah NPK 12 12 17 (boleh cari di nurseri) pada peringkat pokok berbuah.
  • Untuk anak pokok durian, pembajaan perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah tabur terus di sekeliling atau dikambuskan baja tersebut dengan tanah. Pastikan anda tidak menaburkan baja tersebut di pangkal pokok untuk memudahkan proses pemakanan akar.

  • Pokok durian yang sedang mengeluarkan bunga sebaiknya tidak perlu ditaburkan dengan baja kerana ianya boleh mengakibatkan bunga durian menjadi kering dan gugur.
  • Baja kimia atau organik? Digalakkan menggunakan baja organik. Ada juga menggunakan tahi ayam yang telah reput untuk memberikan baja tambahan pada pokok supaya dapat menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi dan berkualiti.

INFO:
Pokok durian mempunyai dua musim berbuah iaitu pada bulan Jun hingga Ogos dan musim berikutnya ialah pada bulan November hingga Januari.

Sumber: Durian Monthong Tani

 

 

The post Kalau Tanam Anak Pokok Durian Di Rumah, Ikut Cara Penjagaan Ini Supaya Pokok Hidup Subur & Berbuah appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments