Kalau Nak Alihkan Anak Pokok Kena Ikut Tip & Waktu Ini. Penting Supaya Anak Pokok Tak Stres & Bantut

 

Bagi yang mula menanam dari biji benih dan sudah pun anak benih dah pun bercambah ilmu ini perlu dipraktikkan.

Sangat penting untuk diketahui cara betul mengalihkan anak pokok dari tempat semaian supaya anak pokok tidak stres dan bantut seterusnya mati.

Perkara yang sama juga perlu dilakukan jika kita membeli anak pokok dari nurseri atau pun online dan seterusnya mahu mengalihkannya. Tip ini adalah perkongsian dari  D’Pro A’nas  berdasarkan pengalamannya bercucuk tanam.

Cara betul alihkan anak pokok dari tempat semaian supaya tak stres dan bantut

1. Pastikan media tempat baru untuk mengalih anak pokok telah digembur dan disuburkan.

2. Lembapkan media/tanah anak pokok yg hendak dialihkan. Siram dengan air.

3. Bila anak pokok berdaun empat, tarik anak benih perlahan-lahan atau bersama media/tanahnya sekali.

4. Pastikan ketika mengalih akar tidak putus, jika tidak anak pokok akan stress dan lambat membesar atau mati.

5. Masukkan anak pokok ke dalam media/tanah baru yg telah disuburkan tadi. Timbus akar dan tekan perlahan-lahan media supaya mampat sedikit. Tujuannya untuk akar tidak mempunyai ruang kosong dalam tanah. Kalau ada ruang kosong, pokok akan stres, bantut dan mati.

6. Terus siram anak pokok dengan air sejurus selepas menanam. Tanam satu…siram…Tanam satu…siram…Jangan tunggu selepas habis tanam kesemuanya baru siram. Tujuannya bagi menghindari pokok stres.

INFO

  • Waktu paling elok untuk alihkan anak pokok adalah seawal pukul 4.30 petang hingga menjelang senja.
  • Jika nak tanam awal pagi atau tengah hari tanpa ikut masa di atas boleh tapi bersedialah dengan pokok yang akan stress dan layu.

Tanda-tanda pokok stres

  • Anak pokok lambat membesar
  • Daun-daun gugur

Sumber: D’Pro A’nas

 

The post Kalau Nak Alihkan Anak Pokok Kena Ikut Tip & Waktu Ini. Penting Supaya Anak Pokok Tak Stres & Bantut appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments