Kalau Ada Banyak Lebihan Nasi Boleh Buat Bepang. Rangup, Manis Buat pun Senang

 

Lebihan nasi kalau secawan dua mungkin boleh guna untuk buat cucur yang lembut, tapi kalau banyak selain dijadikan nasi goreng nak buat apa lagi ya?

Memandangkan ramai yang terlibat dengan PKPB dan duduk di rumah apa kata lebihan nasi yang banyak tu kita buat bepang nasi. Sesuai untuk kudapan untuk satu famili. Manis, ranggup, nak buat pun senang. Resipinya dikongsi oleh Suesham Sue.

Cara buat bepang nasi

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi – dijemur (kalau cuaca panas, sehari boleh kering, kalau belum kering jemur lagi sehari)
  • 1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuat

1. Nasi yang dah kering dijemur digoreng guna minyak yang panas dan banyak.

2. Bila nasi dah kembang, tos dan ketepikan dulu.

3. Masak gula dalam kuali sampai cair gula (warna coklat)

4. Masukkan nasi yang digoreng tadi dalam kuali berisi gula cair dan kacau sebati.

5. Masukkan nasi yang dah sebati dengan gula dalam loyang. Ratakan dengan cara guna cawan, tekan sampai padat. Kalau ada lebihan kekacang, kismis atau ceri tabur atas bepang.

6. Waktu bepang masih suam potong. Jangan tunggu sejuk nanti susah nak potong.

Siap kudapan untuk waktu petang, sekejap jer ni dah licin!

Sumber: Suesham Sue

 

The post Kalau Ada Banyak Lebihan Nasi Boleh Buat Bepang. Rangup, Manis Buat pun Senang appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments