Hanya Buat Video ‘Termenung’ Di TikTok, Tak Sangka Mampu Raih 25 Juta Penonton

Jika sebelum ini seorang YouTuber dari Indonesia telah mencuri tumpuan dunia apabila videonya tidak buat apa-apa selama dua jam mendapat berjuta tontonan, kini seorang lagi pemuda yang dipercayai dari Jakarta mampu meraih 25 juta tontonan dengan hanya melakukan aksi termenung di aplikasi TikTok.

Mempunyai seramai 381.5 ribu pengikut di TikTok, akaun yang dikenali sebagai @anhtrantan ini memuat nak video pertamanya pada September lalu dan menerima lebih daripada 5 juta tanda suka.

Kadangkala kita tidak perlu memerah otak sangat untuk memikirkan content apa yang akan menarik perhatian orang ramai.

Mungkin si perakam video hanya merekodkan video ‘termenung’ ini secara spontan dan hanya untuk suka-suka. Tapi tak sangka pula boleh jadi viral. Betul tak? Hiks!

Sumber : remaja.my

The post Hanya Buat Video ‘Termenung’ Di TikTok, Tak Sangka Mampu Raih 25 Juta Penonton appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments