Hanya 1 Peratus Individu Yang Pulang Dari Sabah Didapati Positif COVID-19 & Bukan Semuanya Orang Politik -Ismail Sabri

Putrajaya, 3 Oktober – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, kes COVID-19 melibatkan individu daripada Sabah hanya sekitar satu peratus.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan wartawan yang meminta penjelasan dakwaan peningkatan kes COVID-19 adalah berpunca daripada Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Yang balik daripada Sabah yang telahpun dibuat saringan ialah 13,000 lebih dan 130 lebih didapati positif iaitu satu peratus dariapda mereka yang kembali daripada Sabah.

“Ramai rakyat yang panik seolah-olah separuh (positif). Kalau separuh, 7,000 lebih dah positif.

“Ini 132 dan bercampur-campur daripada orang politik yang pergi berkempen, kita tidak menafikan, tetapi termasuk juga pelancong-pelancong, orang mempunyai tugas rasmi di Sabah.

“Jadi bukanlah orang politik semata-mata,” katanya, menjelaskan prosedur kuarantin bagi individu yang baru pulang di negeri tersebut.

Ujarnya, individu yang baru pulang dari Sabah perlu menjalani ujian swab dan kuarantin sehingga diputuskan negatif.

Individu yang sah negatif dibenarkan untuk mengakhiri kuarantin, namun digalakkan untuk meneruskan kuarantin sehingga 14 hari.

“Selepas mengadakan ujian swab, mereka dipakaikan gelang kuarantin. Memang tempoh kuarantin 14 hari.

“Tetapi perjalanan antara negeri, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan, individu yang mendapat keputusan negatif boleh ke pejabat kesihatan untuk memotong gelang tersebut dan pejabat kesihatan akan memberi surat pelepasan kuarantin kepada mereka.

Pun begitu, KKM menasihatkan supaya mereka terus menjaga kebersihan dan menggalakkan kuarantin kendiri jika individu tersebut tidak yakin atau risau boleh menjangkiti individu lain, walaupun mereka telah negatif. Walaubagaimanapun, kuarantin kendiri selama 14 hari bukanlah mandatori, katanya.

Sumber: RTM

The post Hanya 1 Peratus Individu Yang Pulang Dari Sabah Didapati Positif COVID-19 & Bukan Semuanya Orang Politik -Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments