Gadis Ini Ajar Cara Tukar Gambar Ke Fail PDF Guna Telegram, Boleh Mudahkan Kerja Harian

Mungkin ramai diantara kita yang masih kurang mahir menggunakan Aplikasi Telegram sebagai satu medium untuk memudahkan kerja selain daripada aplikasi Whatsapp. Mana taknya, dalam satu aplikasi saja, korang dapat macam-macam manfaat.

Salah satu manfaatnya adalah korang boleh cipta fail PDF hanya menggunakan Telegram. Mudah sangat seperti yang ditunjukkan oleh Khalsyafiqa menerusi laman Twitternya tentang cara untuk jadikan gambar dokumen kepada PDF.

Ini cara paling mudah;

  1. Cari Photo to PDF Converter

Korang boleh pergi ke kotak carian Telegram dan tekan ‘Photo to PDF’.

2. Tekan butang ‘Start’

3. Rujuk video untuk lebih maklumat.

Kalau rasa guna telegram tak kemas, tak boleh adjust ataupun buruk, boleh try scan guna iphone.

Pergi dekat notes – camera – scan documents. Ada banyak options to choose contohnya nak scan hitam putih/warna ataupun photo.

Mudah kan? Sebenarnya banyak lagi fungsi Telegram ini. Antaranya,  tukar imej menjadi teks guna Telegram. Kaedah ini dapat membantu golongan pendidik malah dapat membantu pelajar terutamanya pada waktu pandemik wabak Covid-19.

Ye lah, kebanyakan orang sedang bekerja dari rumah, belajar atas talian dan ramai yang memerlukan maklumat. Jadi, Telegram ini memang membantu.

Ini caranya;

1. Cari dalam Telegram “Image to text”

2. Ambil gambar dan ‘send’

3. Jika pengguna iPhone, dia akan keluar ‘/help’, ‘send’ sahaja. Tunggu seketika dan Apps ini akan keluarkan teks tersebu6=-Nt.

Banyak lagi kegunaan Telegram ini dalam kehidupan harian kita. Rata-rata pengguna turut memberi tunjuk ajar tentang penggunaan aplikasi ini.

Boleh tukar huruf rumi ke jawi

 

Sumber: Khalsyafiqa, GPS Bestari

The post Gadis Ini Ajar Cara Tukar Gambar Ke Fail PDF Guna Telegram, Boleh Mudahkan Kerja Harian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments