Donald Trump ‘Ugut’ Tinggalkan Amerika Sekiranya Kalah Pilihanraya

Donald Trump mengatakan bahawa dia boleh meninggalkan Amerika Syarikat jika dikalahkan oleh pesaingnya, Joe Biden, pada pilihan raya presiden bulan depan. Beliau membuat kenyataan tersebut semasa perhimpunan di hadapan penyokongnya di Macon, Georgia.

Biden ketika ini menjadi pilihan untuk menang oleh rakyat Amerika yang akan memilih Presiden mereka pada 3 November ini. Trump berkata kepada penyokongnya: “Anda tahu, bertanding dengan calon terburuk dalam sejarah politik presiden memberi tekanan kepada saya.

“Bolehkah anda bayangkan jika saya kalah apa yang akan saya lakukan. Saya akan katakan saya kalah dengan calon terburuk dalam sejarah politik.

“Saya tidak akan merasa begitu baik. Mungkin saya perlu meninggalkan negara ini, saya tidak tahu.”

Penyokong Trump kemudiannya menyambut kenyataan yang dibuat oleh beliau dengan ketawa.

Namun sebilangan penyokong lawan ‘mengejek’ beliau di media sosial atas kenyataan tersebut. The Lincoln Project, sekumpulan konservatif anti-Trump Amerika, mengulang kicau video tersebut di Twitter dengan kapsyen “Janji?”

Ianya mendapat lebih daripada 9,700 ulang kicau dan 78,900 tanda suka oleh warganet.

Seorang individu, Jim Madaffer, dari San Diego tururt memberi komen di Twitter: “Saya akan membeli tiket sehala kepadanya!” Menurut tinjauan terbaru, Mr Biden kini mendahului persaingan dengan 17 mata di hadapan.

Sumber: Express UK

The post Donald Trump ‘Ugut’ Tinggalkan Amerika Sekiranya Kalah Pilihanraya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments