DIY Sofa Bed Untuk Ruang Bawah Tangga. Confirm Jadi ‘Port’ Kegemaran Famili, Boleh Simpan Barang Juga

Kalau ruang bawah tangga di rumah masih kosong boleh ikut idea DIY yang dilakukan Norasly Omalicha ini.

Hanya guna kayu, playwood dan span. Kemudian ditutup dengan kain velvet yang dihiasi butang berkilat terus nampak menyerlah dan mahal.

Kata Norasly, sofa ini memang jadi tempat kegemaran ahli keluarga dan tetamu untuk bersantai. Selain tahan lasak, ruang bawah sofa ini juga boleh dijadikan tempat simpan barang juga. Memang berbaloi buat.

DIY sofa bawah tangga

Barang yang digunakan:

  • Span kuning sekeping RM2.50 (beli di hardware)
  • Kayu 4×4, 2×4, plywood tebal setengah inci (beli di hardware)
  • Roda (beli di Ace Hardware)
  • Kain velvet Biru (beli di Sportlight)
  • Buttons Diamond (Lazada @ Shoppe) Klik SINI untuk beli
  • Bamboo Batting (Sportlight)
  • Polyester Fiber Batting (Sportlight)

Langkah demi langkah:

  1. Gambar sebelum ruang tangga masih kosong

2. Buat rangka sofa guna kayu dan plywood untuk tempat duduk dan bahagian bawah. Alas dengan span dan Polyester Fiber Batting sebelum pasang kain velvet.

3. Atur & lekatkan span untuk tempat duduk

4. Sebelum pasang kain velvet, alas dengan Polyester Fiber batting.

5. Siap pasang kain velvet. Kemaskan.

6. Sebelum itu letak button diamond dan rosa di bahagian bawah.

Siap!

Buat bantal juga supaya selesa kalau nak bersandar.

Deko sikit supaya cantik. Memang jadi port santai hari siang.

INFO

  • Lebihan kain velvet boleh buat bantal.
  • Letak roda dan tali supaya senang ditarik untuk kerja pembersihan.
  • Sofa begini kalau nak beli mungkin cecah harga ribu, bila buat sendiri banyak yang boleh dijimatkan.
  • Boleh juga cari idea di Youtube, Pinterest, blog dan sebagainya.

Sumber: Norasly Omalicha

 

The post DIY Sofa Bed Untuk Ruang Bawah Tangga. Confirm Jadi ‘Port’ Kegemaran Famili, Boleh Simpan Barang Juga appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments