DIY Meja Hiasan Comel Dari Sekilo Simen & Batang Mop. Kreatif, Buat Kerusi Pun Boleh

 

Kreatif betul perkongsian Mastura Mohd Yusoff ini.  Sesuai untuk dijadikan sebahagian deko rumah, boleh letak jambangan bunga atau dijadikan kerusi.

Modal pun tak banyak cuma guna sekilo simen dan kayu mop. Caranya boleh ikut perkongsian ini. Boleh buat waktu PKPB ni.

DIY meja/kerusi comel dari sekilo simen & batang mop

Bahan-bahan:

Tong cat
3-4 batang Kayu mop
1kg simen
Air secukupnya (untuk bancuh simen)

Cara membuat:

1. Bancuh simen dalam tong cat hingga sebati.

2. Ketuk-ketuk tepi tong cat untuk keluarkan gelembung udara dalam simen.

3. Pacakkan kayu atas simen.

4. Biarkan simen kering sekurang-kurangnya sehari.

5. Setelah kering boleh la ditarik kayu mop untuk keluarkan simen yang akan jadi meja/kerusi. Macam ni.

6. Cat ikut warna kegemaran.

Hasilnya… Boleh jadi meja atau kerusi. Kaki terpulang nak buat panjang atau pendek atau kaki tiga atau empat.

Selamat mencuba!

Sumber:  Mastura Mohd Yusoff

 

The post DIY Meja Hiasan Comel Dari Sekilo Simen & Batang Mop. Kreatif, Buat Kerusi Pun Boleh appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments