'Dia baru menyambut hari lahir anak sulungnya' - Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan

Jenazah pemandu Honda Accord yang maut dirempuh Myvi sehingga terbalik, telah selamat dikebumikan. 


Jenazah Allahyarham Mohd Rizal Buseri, 31, yang bertugas di pangkalan TLDM KD Sultan Ismail, Pengerang, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tenggara, Kulai selepas solat Asar mengikut istiadat ketenteraan. 


Kakak ipar mangsa, Farhana Amir berkata, Allahyarham baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang berusia lima tahun malam kelmarin. 


"Sejak semalam dia kerap berdiam diri. Malam tadi, dia menyambut hari lahir anak sulungnya. Dia (mangsa) ada tiga anak berusia lima tahun, dua tahun dan lapan bulan," katanya. 


Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi Sabtu, mangsa yang memandu kereta Honda Accord baru sahaja menghantar bapa mertuanya untuk menghadiri mesyuarat agung di sebuah hotel berdekatan. 



Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, kereta mangsa dirempuh dengan laju oleh sebuah Myvi yang dipandu oleh seorang wanita sehingga terbalik. 


Pemandu terbabit kini telah ditahankan dan ujian saringan mendapati wanita itu positif dadah. 


Sumber: Voice Johor, Kosmo


LAPORAN BERKAITAN




r

Post a Comment

0 Comments