COVID-19: Lapan Kluster Baharu Dicatatkan Hari Ini Libatkan Negeri Sabah, Selangor, Negeri Sembilan, KL Dan WP Labuan

kluster baru COVID-19

Putrajaya, 21 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat lapan kluster baru COVID-19 dilaporkan hari ini.

Kluster tersebut melibatkan negeri Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berikut merupakan ringkasan lapan kluster tersebut:

Kluster Basung

Kluster ini libatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah.

Sebanyak 19 kes positif dikesan melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di Kudat.

Sehingga hari ini, seramai 174 individu disaring di mana 19 positif, 148 negatif dan 7 masih menunggu keputusan.

Kluster Inai

Kluster ini juga melibatkan daerah Kudat di Sabah.

Kes indeks ialah kes 17,773 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020.

Telah dimasukkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di PPR Taman Ihsan Kota Belud

Saringan kontak rapat mendapati 7 lagi positif. Seramai 92 individu telah disaring, 8 positif manakala 84 masih menunggu keputusan.

Kluster Tempayan

Kluster ini melibatkan Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah.

Kes indeks, kes ke-11,619 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala 1 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Hasil saringan mendapati seramai 18 lagi positif COVID-19.

Seramai 21 individu telah disaring di mana 19 positif, satu negatif dan satu lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Long

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Klang di Selangor dan Kepong di WP Kuala Lumpur.

Kes indeks, kes ke-16,746 telah dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Seramai 17 kontak rapat didapati positif. Sehingga kini, seramai 301 individu telah disaring di mana 18 positif, 260 negatif dan 23 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Cahaya

Kluster ini melibatkan kes di daerah Petaling, Selangor dan Tampin, Negeri Sembilan.

Kes indeks, kes ke-20,394 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat mendapati 17 lagi kes positif. Seramai 84 individu telah disaring, 18 positif, 3 negatif dan 63 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Kota

Kluster ini melibatkan daerah Sepang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan.

Kes indeks, kes ke-17,988 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Hasil saringan kontak rapat mendapati 9 lagi positif. Sehingga kini, seramai 171 individu disaring di mana 10 positif, dan 161 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Melati

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Klang di Selangor.

Kes indeks 18,002 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat mendapati 8 lagi positif.

Sehingga 21 Okt, seramai 24 individu telah disaring, 9 positif manakala 15 lagi sedang menunggu keputusan.

Kluster Bina Labuan

Kluster ini melibatkan WP Labuan.

Kes indeks, kes ke-22,943 telah dikesan positif hasil saringan kemasukan ke hospital pada 21 Oktober 2020 dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Saringan kontak rapat mendapati 4 positif. Seramai 60 individu telah disaring di mana 5 positif dan 55 lagi masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

The post COVID-19: Lapan Kluster Baharu Dicatatkan Hari Ini Libatkan Negeri Sabah, Selangor, Negeri Sembilan, KL Dan WP Labuan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments