Cara Mudah Tanam Kangkung Guna 4 Bahan Je, Hasilnya Lebih Menjadi Bila Siram Akar Pakai Baju A+B!

Tak rugi berbudi pada tanah kerana hasil sayuran ditanam boleh dimakan sekaligus menjimatkan belanja dapur.

Selain sawi, park choy, sayur kangkung juga menjadi pilihan untuk bercucuk tanam.

Tidak sukar untuk menanamnya kerana kangkung boleh hidup subur jika kena caranya.

Perkongsian oleh Encik Acan Ca ini boleh kita praktikkan untuk mendapatkan hasil yang banyak dengan hanya menggunakan empat bahan saja.

Tanam Kangkung Guna 4 Bahan

1.Benih kangkung
2.Raga dan besen
3.Kapas muka
4.Baja A+B

Cara membuat:
1. Pastikan biji benih terendam paras air cecah raga sahaja. Asalkan kapas basah dan jangan pula terendam tenggelam benih berkenaan.
2. Biarkab dan semaian dan selepas 5 hingga 6 hari akan jadi begini.
3.Campurkan baja A+B dalam air, Ikut umur pokok yang ditanam. Contoh 5 hari kena guna sukatan 500/600ec sukatan baja A+B. Manakala 15/20 hari pula sukatannya 800/1.0ec. Untuk sukatan kena ada ec meter.

Info Ekstra:
-Baja A+B boleh beli di Shoppe. Biasanya jenis cecair, campurkan dalam air. Goncang dan kemudian tuangkan.
-Taburkan saja biji benih dalam penapis dan pastikan terendam air. Tutup pastikan gelap dan bila keluar akar, dedahkan cahaya matahari dan baru guna air baja.
-Kalau tak mahu letak tiu, tabur saja biji benih dalam penapis tetapi jangan banyak. Untuk elakkan daun terbantut, kecil dan tidak lebar. Apabila sudah bertunas, cepat-cepat dedahkan kepada cahaya matahari.
-Pastikan benih sentiasa lembab boleh guna spray air waktu pagi dan petang sekali.
-Ketika semaian jangan kena sinaran matahari, kalau sudah keluar daun, boleh kena sinaran matahari selama setengah jam sudah memadai pada cahaya matahari pagi.

The post Cara Mudah Tanam Kangkung Guna 4 Bahan Je, Hasilnya Lebih Menjadi Bila Siram Akar Pakai Baju A+B! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments