Cara Buat Sambal Bilis Kacang Yang Tahan Lama. Buat Pedas-pedas, Ratah Pun Sedap

Sambal bilis kacang ini memang kegemaran ramai, lagi sedap kalau buat pedas. Sambal ini memang kena buat banyak sebab, walau pun boleh makan dengan nasi tapi ramai yang suka makan macam tu saja, ratah!

Sambal bilis kacang ini juga tahan lama jika betul cara masaknya. Kalau teringin buat stok di rumah boleh ikut resipi perkongsian Salma Ideris. Boleh tahan berminggu-minggu katanya.

Bahan-bahan yang perlu digoreng garing:

1 kg kacang tanah (lebih pun boleh)
Ikan bilis ( kuantiti ikut citarasa)
Tempe (pastikan potong nipis jika nak masukkan sekali)

Bahan dikisar:

Cili kering ( kuantiti ikut tahap pedas)
Cili api ( letak lebih kalau nak pedas)
1/2 biji bawang holland
1/2 labu bawang putih )
3 sudu gula pasir
3 keping gula kabung/melaka
Sedikit garam & serbuk perasa
1 keping asam keping

Cara membuat:

1. Goreng garing kacang tanah, ikan bilis, tempe. Ketepikan.

2. Guna minyak yang banyak, tumis bahan yg dikisar. Saya masak guna api besar, kacau sentiasa dalam setengah jam.

3. Masukkan asam keping.

4. Bila dah likat macam sira keluarkan asam keping, perlahankan api.

5. Dalam api perlahan, masukkan bahan yang digoreng kacau sebati. Siap!

Tip

  • Pastikan bahan tumis tidak hangit.
  • Kacang tanah, bilis, tempe wajib kena garing.
  • Untuk kekal rangup boleh juga letak cuka (jangan masukkan asam lain dah) waktu tumisan dah naik minyak bersama dengan garam dan gula. Padamkan api, masukkan bilik, kacang dan hidupkan kembali api.
  • Satu lagi cara untuk kekal rangup, biar sambal sejuk kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang.

 

The post Cara Buat Sambal Bilis Kacang Yang Tahan Lama. Buat Pedas-pedas, Ratah Pun Sedap appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments