Cara Buat Mi Goreng Basah, Tak Letak Garam, Gula & Perasa Pun Tetap Sedap!

Tengok gambar pun kita dah tahu sedap. Bestnya menu ini kita boleh makan waktu pagi, tengah hari, petang atau malam. Bila-bila saja.

Sebab tu kena belajar buat resipi ini dan resipi mee goreng basah dari Ida Roslida antara yang banyak dikongsi dan dipuji sedap.

Paling menarik, tak letak garam, gula atau serbuk perasa pun tapi tetap sedap dan lengkap rasanya.

Mi goreng basah stail Cik Ida

Bahan- bahan :

1 bungkus mi kuning -dibilas dan tos
10 ekor sotong – dibersihkan potong dan tos
1 paket fish ball – dibersihkan, potong dan tos
1 ikat sawi jepun – dibersihkan potong dan tos
1 biji tomato -dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu besar Cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mee
1 cawan kecil air putih
2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk:

Cili api 10 biji
Bawang putih 3 ulas
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat

Cara membuat:

1. Panaskan kuali masukkan minyak 2 sudu besar.

2. Tumiskan cili kisar dengan bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.

3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.

4. Masak dan kacau bagi sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi kemudian masukkan mee kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap!

Info: Masak mee goreng basah stail Cik Ida ni tak pakai garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap itu semua dah cukup.

Selamat mencuba!

Sumber: Ida Roslida

 

The post Cara Buat Mi Goreng Basah, Tak Letak Garam, Gula & Perasa Pun Tetap Sedap! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments