Cara Buat Kek Coklat Ringkas. Putar Pakai Blender, Kukus Dalam Kuali Tapi Hasilnya Lembut & Sedap

Siapa saja tak suka makan kek coklat kan. Tapi kita biasa beli saja setiap kali nak makan.

Rasa macam remeh saja nak membuatnya. Dua minggu duduk rumah tempoh PKPB ini apa kata kita cuba buat sendiri untuk makan satu famili.

Kita ikut resipi yang senang, kek coklat kukus. Takde periuk pengukus pun tak mengapa sebab empunya resipi ini pun kukus guna kuali saja. Gitu…

Tapi hasilnya lembut dan sedap, tengok gambar pun dah tau! Ok jom cuba buat resipi perkongsian Noriza Awang Hamat ini.

Kek coklat kukus, ringkas, lembut dan sedap

Resipi asal, 1 cawan untuk 1 adunan, tapi saya gandakan jadikan 2 cawan nak jadikan kek yang lebih besar. Penuh loyang 8×8.

Bahan-bahan
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
Bahan di atas diputar dalam blender saja untuk sebati

8 biji telur gred B – blender dan ketepikan.

Bahan diayak
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder

Cara membuat:

1. Dalam mangkuk, masukkan bahan yg diputar dengan blender tadi berselang seli dengan tepung yg telah diayak.

2. Atau nak lagi senang blender semua sampai sebati, sapu Planta pada loyang kemudian curahkan adunan yang diputar guna blender.

3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu kemudian kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.

4. Cara buat topping coklat satukan coklat masakan dan sedikit Planta, masak secara double boil hingga cair. Curah atas kek yang sudah masak. Boleh tabur kekacang jika suka.

Tengok pun dah tau sedap, meriah coklat

TIP

  • Boleh kukus guna kuali biasa tapi alas guna tungku besi. Tunggu air menggelegak barulah letak loyang dan tutup dengan penutup periuk.
  • Saya tak alas penutup sebab air tak masuk dalam loyang.

Sumber: Noriza Awang Hamat

 

 

The post Cara Buat Kek Coklat Ringkas. Putar Pakai Blender, Kukus Dalam Kuali Tapi Hasilnya Lembut & Sedap appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments