Cara Buat Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin. Pekat Macam Berkuah Tapi Tak Guna Sos

Ayam masak merah ini memang sinonim dengan menu kenduri kahwin. Tapi bila kita masak rasanya tak sama macam bila kita makan di kenduri.

Kalau rasa teringin nak makan ayam masak merah ala kenduri kahwin boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Haidah Md Said. Menu ini dipelajari dari ibunya. Resipi untuk seekor ayam supaya senang untuk kita bajet makan sekeluarga.

Resipi ayam masak merah cara kenduri kahwin

Bahan-bahan

Seekor ayam – gaul garam kunyit dan goreng tapi jangan garing

Bahan dikisar:

Cili kering – 2 genggam (campur dengan cili kering tak pedas kemudian rebus)
Bawang besar – 1 setengah biji
Bawang putih – 6-7 ulas
Halia – setengah ibu jari
Belacan – seteagah ibu jari
Buah tomato – saiz besar 2 biji

Bahan tumis:

Rempat tiga sekawan
Bawang besar 1 biji – hiris
Serai – 1-2 batang dititik
Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
Satu senduk susu cair

Cara memasak:

  1. Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk.

2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan kisar.

3. Tumis hingga bahan-bahan hingga garing dan pecah minyak. Jika nampak kurang minyak, tambah sikit-sikit.

4. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa

5. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.

6. Dah cukup rasa dn sebati, akhir sekali masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar.

7. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.

Info: Resipi ini tak gunakan sebarang sos tomato atau sos cili.

Siap untuk dihidangkan.

Sumber:  Nor Haidah Md Said

 

The post Cara Buat Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin. Pekat Macam Berkuah Tapi Tak Guna Sos appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments