Buat Sendiri Ikan Siakap 3 Rasa Kalau Nak Jimat. Masak Pun Mudah, Bahan Semua Ada Di Rumah

Siakap 3 rasa ini kalau makan di restoren memang boleh tahan harganya. Sedangkan kalau masak sendiri banyak boleh jimat.

Yelah harga ikan ini ada masa boleh dapat dalam RM10-RM15 seekor. Bahan-bahan lain kebanyakan dah ada di rumah. Tinggal buat saja.

Kalau ada sambutan hari bermakna bolehlah buat hidangan ini di rumah, tak perlulah makan kat luar. Cara masak siakap 3 rasa ini pun sebenarnya taklah susah. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Afy AL Habibi , confirm semua makan sampai licin. Hias cantik-cantik baru nampak special macam makan kat restoren.

Step by step masak ikan siakap 3 rasa

  1. Perapkan ikan 1/2 jam dengan bahan yang telah ditumbuk
    -2 hiris halia
    -3 ulas bawang putih
    -1/2 sudu kecil garam

Saya suka belah ikan ala ‘fillet’. Isi ikan akan lebih rangup dan sedap.

2. Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.

3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.

4. Sementara itu, sediakan bahan yang perlu dipotong:
– 1/2 biji bawang merah- dadu
– 1/2 biji bawang Holland- dadu
– 2 ulas bawang putih – dadu
– 2 helai daun limau purut
– 2 hiris halia- hiris memanjang
– 3 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili besar hijau
– 1 batang serai- hiris serong
– 1 hiris nanas- hiris dadu

5. Panaskan minyak, gunakan minyak gorengan ikan tadi, masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.

6. Kemudian masukkan pula 1 senduk bahan kisar
– 1/2 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang Holland
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 sudu kecil ketumbar& jintan putih
– 2 hiris nipis serai
– 1/4 hiris nipis halia
Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.

7. Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.

8. Tambahkan 1 senduk cili sos Life, masukkan juga 1 sudu besar sos tiram dan  3/4 gelas air asam jawa (secubit asam jawa + 3/4 gelas air). Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.

9. Perasakan dengan;
– 1 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar perencah Hilal

10. Akhir sekali masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.

11. Siap! Sedia untuk dicurahkan kuah ini atas badan ikan.

Dah boleh makan, nampak special kan!

Sumber: Afy AL Habibi

 

The post Buat Sendiri Ikan Siakap 3 Rasa Kalau Nak Jimat. Masak Pun Mudah, Bahan Semua Ada Di Rumah appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments