Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan!

Betik antara pokok buah yang selalu ditanam di halaman rumah. Dan sekarang ramai pula yang sedang mencuba menanam pokok betik sekaki.

Pokoknya pendek tapi berbuah lebat dan saiznya lebih panjang dan lonjong dari betik biasa (mungkin dari sini dapat namanya).

Biji benihnya boleh dibeli di nurseri mana kala cara penanamannya boleh ikut seperti yang dikongsi oleh Donis De Donnis

Foto: Facebook Abd Jalil

Tip tanam dan penjagaan betik sekaki

  • Penyediaan biji benih – ebelum menyemai benih betik sekaki, rendam dulu benih dalam air suam, iaitu campurkan 1/2 cawan air panas dengan 1/2 cawan air pada suhu bilik. Suhu sekitar 35 hingga 40 darjah Celsius selama 2 jam.
  • Biji benih boleh disemai di atas tapak tray menggunakan cocopeat atau peatmoss atau tanah organik.
  • Biji benih akan mula bercambah selepas 5 ke 8 hari.Apabila anak benih sudah mula membesar, taburkan racun siput disekeliling untuk mengelakkan serangan siput.
  • Selepas anak benih berumur 4 minggu atau mempunyai daun 8 helai, anak semaian boleh di pindahkan.

Cara penanaman

  • Kawasan penanaman hendaklah bersih dan digembur terlebih dahulu.
  • Gali lubang sedalam 30 cm X 30 cm lebar. Semasa anda menanam, gaulkan tanah bersama baja NPK subur.
  • Gunakan sungkup untuk elakkan rumpai atau rumput tumbuh.

Pembajaan

  • Pembajaan pokok betik adalah penting supaya dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.
  • Pembajaan asas dengan menggunakan baja organik seperti tahi ayam.
  • Baja NPK subur ( baja subur) digunakan dengan kadar 50gram usia pokok 1bulan ke 2bulan. 100gram usia pokok 3 bulan dan 300gram usia pokok 5 bulan.
  • Baja NPK buah pula diberikan pada bulan ke enam sebanyak 300 gram sepokok setiap 6 bulan.
  • Pengairan juga penting terutama pada musim kemarau,pokok betik perlu mendapatkan air yang cukup, kekurangan air boleh menyebabkan bunga bunga gugur.

Penghasilan Buah

  • Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan.
  • Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan atau 1 tahun. Petik berbuah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan.
  • Sepokok betik boleh menghasilkan 25 kilo sepanjang hayatnya.Masa pengeluaran hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan.
  • Jangka hidup betik antara 1-4 tahun .Hayat berbuah banyak 2 tahun.

TIP

Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang yang tidak terdedah kepada angin kencang. Jika angin kuat pendebungaan buah tidak akan berlaku. Bunga akan gugur.Pastikan kawasan anda mempunyai cahaya matahari yang cukup.

 

Sumber: Donis De Donnis &  Abd Jalil

 

The post Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments